Punca Sebenar Zero Menang Maharaja Lawak Mega 2014




Ternyata undian para peminat Zero begitu hebat malam ini apabila kumpulan dari Sabah ini telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi. Di tempat kedua ialah Sepahtu. Jepp dan Shuib membawa pulang RM250,000 dan trofi. Di tempat ketiga ialah Nabil dengan RM125,000, Shiro di tempat keempat dengan RM50,000 dan Bocey di tempat kelima dengan RM15,000.


Click SINI















 Secara jujur, persembahan kesemua peserta pada malam ini agak mengecewakan. Namun Zero berjaya memberikan aksi yang bukan sahaja mencuit hati tetapi menyentuh perasaan pada segmen muzikal. Ramai yang mengalirkan air mata mendengar nyanyian mereka yang mengingati pemergian ayah tercinta. Rata-rata persembahan yang lain berada di paras biasa-biasa sahaja malam ini. Mungkin tekanan.




Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Anda telah menghiburkan kesemua penonton selama 13 minggu dengan lawak-lawak anda. Tahniah diucapkan kepada Zero. Daripada peserta ‘hot seat’, kini anda juara MLM2014. Siapa sangka? Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa diduga. Tahniah!!! Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan ini?

1 Response to "Punca Sebenar Zero Menang Maharaja Lawak Mega 2014"

  1. Itu rezeki mereka....mereka layak....usaha tangga kejayaan .... Kenalah dengan slogan mereka tu... Pantang undur kecuali operasi... Terbaik zero...

    ReplyDelete