Sharifah Amani Dedah Gambar "Baby Bump" Lisa Suruhani?


#Berita kehamilan Lisa Surihani baru-baru ini memang menggembirakan kesemua #peminat pelakon jelita ini. Tak salah untuk kami katakan yang satu Malaysia teruja dengan berita ini. Walaupun tidak diketahui sudah berapa lama usia kandungan Lisa, satu gambar yang dikongsikan oleh Sharifah Amani telah menunjukkan yang ‘baby bump’ isteri kepada Yusry ini sudah mula kelihatan.




#Gambar ‘baby bump’ ini telah membuatkan para peminat melahirkan keterujaan mereka. Ramai yang mengucapkan tahniah, melahirkan rasa gembira dan berseronok dengan perkembangan ini. Malah ramai yang tak sabar mahu melihat kandungan itu membesar. Abang Nara percaya Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja. Mesti tiap-tiap hari cakap dengan baby dalam perut.

Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisa Surihani. Trimester pertama adalah yang paling kritikal. Kena banyakkan berehat. Jangan buat kerja berat. Kalau boleh duduk di rumah je. Sama-samalah kita doakan agar semuanya selamat sehingga hari kelahiran kelak. Amin.

Sumber: BeautifulNara

0 Response to "Sharifah Amani Dedah Gambar "Baby Bump" Lisa Suruhani? "

Post a Comment